Thursday 24 May 2012

Tafsir Surah Al-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2)
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)   

Ayat 1 Surah al-Ikhlas ;
” Katakanlah Dia adalah Allah, Maha Esa’ (1)
Ayat 1 merupakan menunjukkan pokok pangkal akidah, puncak dari kepercayaan, dan PengEsaan yang mutlak kepada Allah. Pengakuan atas ke-SatuanNya, keEsaanNya dan ketunggalanNya itulah dinamakan dengan TAUHID.
Ayat 2 surah al-ikhlas bermaksud :
”Allah itu tempat pergantungan” (2)
Ayat 2 memberi makna segala sesuatu itu Dia yang mencipta,sebab itulah maka segala sesuatu itu kepadaNya lah bergantung.
Ayat 3 Surah Al-ikhlas berbunyi :
” Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan”
Mustahil bagi Allah Dia beranak dan diperanakkan, kerana sesuatu makhluq bernyawa yang beranak menginginkan penyambungan keturunan yang berterusan.Jika seseorang itu tiada anak,maka keturunannya akan terputus.Allah SWT langsung tidak berkehendak pada keturunan kerana Dialah yang membuat keturunan makhluk.
Ayat 4 Surah Al-Ikhlas bermaksud :
” Dan Tiada setara denganNya, seorang pun ”
Sememangnya Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlaq kuasanya,tidak terbahagi,tiada gandingan dan bandingan. Keyakinan tentang sifat kekuasaaan dan nama yang mulia diterjemahkan melalui tauhid asma’ wa sifat. 

No comments:

Post a Comment